Selamat Datang

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Datang 2011

Diam tak diam, tahun ini merupakan tahun ke 3 perlaksanaan PPKI di SKPPS..Alhamdullilah.....masih banyak yang perlu dipelajari....kami masih bertatih dan mula berjalan...

Sehingga 5 Januari, murid PPKI berjumlah 10 orang....2 orang murid baru telah mendaftarkan diri...seorang lagi warga Pendidikan Khas masih dalam cuti sakit kerana pembedahan kaki...Progam INKLUSIF terus dilaksanakan untuk tahun 2011 ini dengan beberapa penambahbaikan bagi calon di kelas Tahun 5........

Tahun ini juga Pendidikan Khas turut terlibat dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...justeru 5 orang murid PPKI SKPPS telah dikenalpasti bagi mengikuti KSSR......

Bermula 17hb Januari pula, seorang guru PPKI akan menjalani Praktikum KPLI KDC selama 3 bulan... Diharapkan dapat menunjukkan prestasi yang boleh membantu pengajaran di dalam kelas... Semoga segala aktiviti yang dirancang untuk tahun 2011 ini akan berjalan lancar dan objektifnya mencapai prestasi yang membanggakan....

Thursday, August 26, 2010

Pendekatan KIOSK Dalam Pendidikan Khas



Kiosk merupakan satu pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut dalam satu kelas pemulihan yang berdasarkan Teori Multiple Intelligent atau kepelbagaian kecerdasan. Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu. Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Di mana melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.

Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar.
-Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan mena’akul,
menyelesaikan masalah kompleks / matematik.
-Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur.
-Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.
-Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P.
-Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan.
-Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.

Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Sungguhpun begitu, banyak perlu diubah terhadap struktur fizikal kelas PKBP yang ada sekarang seperti keluasan kelas perlu ditambah dan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan sesuai dengan fizikal, pemikiran dan keperluan murid. Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka. Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Ini kerana pendekatan kiosk adalah berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

RUJUKAN
Hamzah, R. K. (1992). Guru Pemulihan Khas Fungsi dan Masalah - Satu Kajian -. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahil Habib, H. E. (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan (ed. 2). Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.
Rahil Mahyuddin, Abd. Majid Mohd Isa dan Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie (1995), “Asas Pendidikan II (Psikologi Dalam Bilik Darjah).” Longman (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sang, M. S. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd